join saya kalau kamu juga agak bingung

Saturday, February 19, 2011

bingung lagi saya

hai blog saya dan semua pembaca.
saya cik bingung yang stress berbloging lagi. kali ni saya nak cerita pasal apa? macam biasa saya stress lagi.banyak sangat kerja di tempat kerja.rasa macam tidak larat saya nak buat tapi apakan daya,saya perlu buat juga.saya kan hanya menurut perintah. di tempat kerja saya ada orang baru masuk.adalah dalam 4 orang kalau tidak silap saya.tapi saya tidak pernah lagi tegur mereka.malas nak bersapa mesra.

blog saya....semalam saya bertengkar dengan boyfriend saya untuk sekian kalinya.tapi saya malas nak cerita lah. saya pun tak pasti apa yang saya nak sekarang.antara kami memang susah nak berbaik.ada sahaja benda yang tidak kena.semua bukan salah saya.ohh...just forget it!

blog saya..saya ingin lari dari kawasan ini.dari pertama kali saya berpijak di kawasan ini,saya rasa sedih yang teramat sangat.kenapakah perlu saya di tempatkan sebegini jauh?tidak adakah orang yang dapat membantu saya untuk pindah semula ke kawasan tempat tinggal saya yang sepatutnya?saya tidak mempunyai motivasi untuk terus tinggal di sini dengan keadaan yang berjauhan dari keluarga.saya tidak sanggup berjauhan dari ibu dan bapa saya.

blog saya...saya miskin.kan bagus kalau saya mempunyai banyak duit.saya nak beli sebuah kereta lagi.saya ada sebuah kereta buatan malaysia namun kereta tersebut saya tinggalkan.keadaan agak susah di sini .setiap hari saya terpaksa menumpang rakan sekerja ke tempat kerja.saya agak malu kerana terpaksa menyusahkan dia.

blog saya...apakah pengakhiran hidup saya?saya tidak nampak pun masa depan saya yang akan mengatakan saya bakal berjaya pada suatu hari nanti.bolehkah saya berjaya?susah bagi saya untuk hendak mendapat kepuasan dalam hidup.jantung saya terasa agak lemah sekarang.syukur kerana migraine saya tidak menyerang lagi.

blog saya..saya bencikan duit...saya benci dengan duit sangat-sangat.banyak orang sekarang jadikan duit tuhan mereka tapi tidak saya.saya ialah tuan kepada duit saya.saya mula untuk berjimat bulan ini.tapi apa yang saya dapat hanyalah hutang piutang .saya rasa seperti hendak terjun gaung!!!!!