join saya kalau kamu juga agak bingung

Sunday, December 26, 2010

pertama


hai blog saya. saya sebenarnya bukan baru dalam dunia blog ni. lama dah. ini blog kedua saya. dalam blog ini,saya nak rahsiakan identiti saya. tak payahlah siapa2 nak sibuk untuk tahu siapa saya okay? ini adalah bahagian diri saya yang bingung. untuk entri pertama ini,biar saya ceritakan tentang saya okay?

di dunia luar, saya lebih dikenali sebagai seorang yang peramah. kawan yang baik.anak yang baik. tapi di dunia blog ini, apa yang saya mahu ialah untuk menjadi diri saya. yes...saya rasa saya manusia yang normal sebab saya mempunyai banyak masalah. sangat banyak okay. kadang-kadang saya sangat benci akan diri saya. saya boleh dikategorikan sebagai seorang yang agak berjaya dalam hidup. semua orang puji saya baguslah..hebatlah..ye ker saya hebat? meluatnya saya dengan diri saya.

dalam blog ini juga,saya akan jadi diri saya yang sebenar-benarnya.tidak ada yang benar melainkan pengakuan ikhlas saya dalam hidup. saya benci untuk menjadi hipokrit. yes..saya hipokrit di dunia luar. saya pasti ramai orang agak hipokrit dalam dunia sekarang.

saya terlebih dahulu memohon maaf sekiranya blog saya akan menyinggung mana-mana pihak.seriously, saya tidak akan menyebut nama mana-mana pihak dalam blog saya kecuali untuk tujuan cerita dan dengan menggunakan nama samaran.

sedikit lagi tentang saya...

owh yea..saya seorang sabahan.dan saya bangga menjadi sabahan.
saya benci jiran saya. jiran saya adalah seorang penipu besar dan sangat suka bercakap besar.
saya masih stalking facebook ex-boyfriend saya
saya ada boyfriend.saya sayang boyfriend saya.saya mahu kahwin dengan dia.tapi boyfriend saya tidak berduit.
saya seorang yang penakut.
saya boros.
saya tidak suka kawan-kawan saya.mereka sangat berlagak. saya bukanlah kaya sangat.dan mereka pun bukan kaya sangat.tapi kenapa mesti nak berlagak dengan saya?
dan...yang lain-lain,saya akan ceritakan pada next entri saya..entri ini terlalu panjang kan...

yes...saya akan lebih berani.
si bingung yang stress

No comments:

Post a Comment